Thursday 10 June 2021

Resepi Playdoh Tepung - tahan lama dan cantik


Cuti sekolah lama lagi kan..mak2 yang dah buntu buat aktiviti dengan anak2 boleh la cuba buat playdoh tepung sama2.


Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak kecil perlukan kemahiran motor kasar dan motor halus.


Kemahiran Motor Kasar atau dalam Bahasa Inggeris “Gross Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar…iaitu melibatkan seluruh tubuh badan.


Kemahiran Motor Halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “Fine Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil…kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan.


Bermain dengan playdoh dapat meningkatkan kemahiran motor halus yang penting untuk membina koordinasi di antara mata dan tangan. Ini dapat membantu anak-anak dlm proses membaca😊


Ada banyak resepi playdoh kalau kite google..Iqa nak share resepi playdoh yang setakat ni, sangat puas hati..playdoh cantik, smooth dan yang penting tahan lama☺️


RESEPI PLAYDOH TEPUNG

***************************

2 cawan tepung gandum

2 cawan air

2 sudu besar krim tartar

2 sudu besar minyak

1/2 cawan garam


Caranya, masak semua bahan di dalam periuk, seeloknya guna periuk nonstik. Masak sehingga adunan tidak melekat barulah tutup api dapur.


Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2. Iqa guna gel food colouring, jika tiada guna pewarna makanan yang biasa je.


Sebelum ni iqa buat garam 2 sudu besar je tapi dah olah sikit buat 1/2 cawan garam lagi tahan lama.


Yang penting selepas kita siap adun setiap warna, letak dalam plastik..selepas main simpan semula dalam plastik..tak perlu letak dalam peti ais masih tahan lama ye.


Secara ringkas, fungsi garam untuk awet..fungsi krim tartar untuk bagi berkilat dan licin.


Tips lain nak bagi warna cantik, pilih gel food colouring.

Contoh Gel Colouring



Continue Reading