Friday 5 February 2021

Kenali Kami

Assalamualaikum w.b.t

Saya Afiqah binti A.Rahim dan boleh panggil Iqa atau Fiqa. Lahir tahun 1986 dan merupakan anak kelahiran Muar, Johor. Menetap di Bukit Damansara Kuala Lumpur setelah berkahwin pada tahun 2007 sehingga sekarang. Saya mendapat pendidikan awal di Muar sehingga berusia 14 tahun kemudian keluarga berpindah ke Perak.

Setelah tamat SPM, saya meneruskan pengajian di Institut Professional Baitulmal dalam bidang Akauntan dan sambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Perbankan Islam.

Berkahwin pada usia 21 tahun. Semasa tamat pengajian ijazah Sarjana Muda, saya mempunyai 2 orang cahaya mata dan kini 3 orang. Suami saya Ustaz Fadhil Abdul Rahman merupakan imam di Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Beliau juga aktif dalam bidang nasyid. 

Perkenalan dengan suami, adalah sewaktu sama-sama membantu rakan kolej yang terkena serangan histeria. Suami hadir ke kolej kerana kawannya meminta beliau datang membantu dan di situlah perkenalan kami. Setiap kejadian itu berhikmah dan jodoh itu rahsia Allah.



Gambar bersama keluarga 2018


Hobi saya melukis, baking dan juga melancong. Syukur pengalaman pertama menaiki kapal terbang adalah menunaikan Umrah. Antara tempat-tempat yang saya pernah pergi di luar negara adalah Korea, Thailand, Indonesia dan Singapura. Manakala kesemua Negeri di Malaysia sudah saya jejaki cuma tidak semua tempat menarik berjaya dilawati. Antara tempat yang dalam wishlist adalah Pulau Tioman.

Mungkin dalam entri yang lain saya akan kongsikan pengalaman melancong di tempat-tempat yang pernah saya lawati. Banyak juga cerita menarik yang boleh dikongsi. InsyaaAllah.

Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan menjadi pengedar sah shaklee sejak 2017. Doakan rezeki saya dalam perniagaan ini luas dan dapat membantu ramai orang yang memilih suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan yang lebih baik.



Location: Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)