Apa itu Vitamin C?
Vitamin C, juga dikenali dengan nama saintifiknya – asid askorbik, adalah sejenis vitamin larut air. Ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan – sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing.
Rujukan: myhealth.gov.my
Antara fungsi utama ialah menyokong sistem imun badan. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat dan berupaya membantu melawan radikal bebas. Yang menariknya Vitamin C juga melambatkan proses penuaan dan menyokong penyembuhan penyakit.
Perlu diingat vitamin C tidak dihasilkan sendiri oleh tubuh badan kita. Oleh itu ia perlu diambil daripada sumber pemakanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga suplemen vitamin C.
FUNGSI VITAMIN C
Sistem Imun dan Saraf
- Salah satu fungsi terpenting yang diberikan oleh vitamin C adalah untuk menyokong sistem imun dan saraf kita. Tubuh mereka yang mempunyai keperluan vitamin C yang mencukupi, mampu mencegah jangkitan berbanding mereka yang kekurangan vitamin C.
Kulit Kekal Berseri
- Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita. Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih sekata.
Mempercepat Penyembuhan
- Vitamin C diperlukan untuk penyembuhan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang, gigi dan kulit yang sihat. Kajian menunjukkan kekurangan vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukan kolagen dan luka yang lambat sembuh. Orang yang mengalami kekurangan vitamin C yang teruk mungkin cepat kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan hilang kekuatan tulang mereka.
Menyokong Penyerapan Zat Besi
- Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, mineral penting untuk pembentukan normal selsel darah merah dan hemoglobin.
Siapa Perlukan Vitamin C?
Mengapa Pilih Sustained Release Vita-C Plus?
Keistimewaan Vitamin C Shaklee
- Sustained release. Vitamin C shaklee mengandungi 500mg. Badan kita hanya menerima 70mg-100mg dalam masa 1 jam. Fungsi sustained release ini akan menjadikan ia dilepaskan 100mg dalam setiap sejam, bermakna akan diserap selama 5 jam dalam badan.
- Bioflavanoids. Mengandungi 120mg bioflavonoid sitrus yang akan bekerja lebih baik dengan vitamin C.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)