Thursday 10 June 2021

Resepi Playdoh Tepung - tahan lama dan cantik


Cuti sekolah lama lagi kan..mak2 yang dah buntu buat aktiviti dengan anak2 boleh la cuba buat playdoh tepung sama2.


Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak kecil perlukan kemahiran motor kasar dan motor halus.


Kemahiran Motor Kasar atau dalam Bahasa Inggeris “Gross Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot besar…iaitu melibatkan seluruh tubuh badan.


Kemahiran Motor Halus atau dalam Bahasa Inggerisnya “Fine Motor Skills” ialah aktiviti atau tindakan fizikal yang melibatkan otot kecil…kebiasaannya melibatkan koordinasi jejari dengan penglihatan.


Bermain dengan playdoh dapat meningkatkan kemahiran motor halus yang penting untuk membina koordinasi di antara mata dan tangan. Ini dapat membantu anak-anak dlm proses membaca😊


Ada banyak resepi playdoh kalau kite google..Iqa nak share resepi playdoh yang setakat ni, sangat puas hati..playdoh cantik, smooth dan yang penting tahan lama☺️


RESEPI PLAYDOH TEPUNG

***************************

2 cawan tepung gandum

2 cawan air

2 sudu besar krim tartar

2 sudu besar minyak

1/2 cawan garam


Caranya, masak semua bahan di dalam periuk, seeloknya guna periuk nonstik. Masak sehingga adunan tidak melekat barulah tutup api dapur.


Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan masing2. Iqa guna gel food colouring, jika tiada guna pewarna makanan yang biasa je.


Sebelum ni iqa buat garam 2 sudu besar je tapi dah olah sikit buat 1/2 cawan garam lagi tahan lama.


Yang penting selepas kita siap adun setiap warna, letak dalam plastik..selepas main simpan semula dalam plastik..tak perlu letak dalam peti ais masih tahan lama ye.


Secara ringkas, fungsi garam untuk awet..fungsi krim tartar untuk bagi berkilat dan licin.


Tips lain nak bagi warna cantik, pilih gel food colouring.

Contoh Gel Colouring



Continue Reading

Thursday 20 May 2021

Covid 19 Dekat Dengan Kita




Covid 19 Semakin Mendekati Tanpa Disedari

Dalam masa beberapa minggu ini sejak PKP 3.0 dilancarkan (Syawal 2021) kes Covid 19 masih berada di angka yang tinggi iaitu 4000 dan ke atas. 

Manakala, ia dijangka akan terus meningkat dari masa ke semasa berikutan tiada menunjukkan trend penurunan.

Dilaporkan juga, varian Covid 19 seperti varian Afrika, United Kingdom dan India mula menapak di Malaysia.




Minggu lalu 1 kes dan minggu ini 5 kes dijumpai di Malaysia. Ini bermakna, varian-varian Covid 19 yang semakin bermaharaja semakin dekat dengan kita berdasarkan kadar jangkitan yang semakin meluas dan pantas. 

Bayangkan kita tak tahu siapa pembawa, kerana penyebarannya boleh melalui sporadic, melalui kontak rapat dan juga yang menyedihkan lagi semakin ramai semakin ambil mudah dengan SOP (Standard Operating Procedures) menyebabkan potensi jangkitan Covid 19 pada diri kita tinggi.

Jika kita lihat, bagaimana tindakan kita yang belum dijangkiti (nauzubillah min zalik) ini dalam usaha meningkatkan protection diri kita dan keluarga daripada terkena Covid 19 ini?

Salah satu ikhtiar adalah dengan pengmbilan vitamin C untuk tingkatkan imun badan kita. 

10 Manfaat Sustained Release Vitamin C

Kenapa perlu tingkatkan imun badan kita?

Imun penting untuk melawan serangan virus. Selain itu, Shaklee juga ada menyediakan produk khas untuk imun booster iaitu NUTRIFERON yang berfungsi lebih efficient meningkatkan imun melawan virus seperti Covid 19.

Khasiat Nutriferon 

Apabila kita dapat menyediakan protection pada ahli keluarga, sekaligus dapat meningkatkan perlindungan yang ada dalam diri kita dan keluarga kita.

KITA KENA INGAT, covid 19 dekat dengan kita..

Ramai kenalan, saudara mara saya yang telah dijangkiti virus ini dan saya lihat ia amat menyedihkan dan sebak apabila terpaksa berjauhan dengan family. Manakala anak kecil terpaksa menguruskan diri sendiri sepanjang tempoh ibu bapa dikuarantin.

Stress menyebabkan keadaan ini lebih sukar untuk dihadapi.

Jadi sama-samalah kita berusaha meningkatkan imun keluarga kita, mak ayah kita, dengan menyediakan Sustained Release Vitamin C  dan Nutriferon Shaklee.

Anak-anak kecil juga boleh kita sediakan Mealshakes dan Vitalea for kids sebagai ikhtiar. Klik Set Anak Shaklee.






Berikutan dengan peningkatan kes Covid ini, Shaklee Malaysia mempromosikan set immune booster yang dikenali sebagai Shaklee Defence Set dan Shaklee Shield Plus Set. Setiap pembelian salah satu set ini anda berpeluang mendapatkan:

✅ FREE MEMBERSHIP (bernilai RM35)
✅ FREE DELIVERY (bernilai RM10)
✅ FREE FACE MASK (Limited Edition Shaklee Reusable Face Mask)

Shaklee Defence Set RM308 (jimat RM122)
Shaklee Shield Plus Set RM382 (jimat RM140.50)
*While stocks last

Sebarang pertanyaan boleh Whatsapp Iqa 》 013 3366224


Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bukit Damansara/Montkiara/Hartamas/Bangsar
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Set Kanak-Kanak Shaklee



"Kanak -kanak yang lebih sihat adalah kanak-kanak yang lebih bijak"

Sebagai ibu bapa, tugas kita adalah membantu anak-anak kita memulakan perjalanan kehidupannya dengan menggalakkan tabiat pemakanan yang baik kerana pengambilan nutrien yang betul mampu membantu memaksimumkan kemampuan dan perkembangan otak mereka. 

Bagaimana pula jika mereka cerewet dan tidak dalam soal makan dan tidak mendapat makanan yang betul dan seimbang?

Jangan risau, carilah suplemen yang membekalkan semua nutrien penting yang mereka perlukan untuk permulaan yang hebat.


MULTIVITAMIN DAN MINERAL

Dapatkan vitamin dan mineral penting termasuk dengan jumlah keperluan harian daripada lapan jenis vitaminB, vitamin C, D dan E, zat besi, kalsium, magnesium dan zink yang memainkan peranan penting dalam menyokong badan yang sihat.

Ia membantu untuk:

  • Mengisi jurang nutrisi dalam diet mereka.
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan.
Semasa pertumbuhan dan perkembangan pesat kanak-kanak, mereka memerlukan nutrisi kepada     tubuh mereka bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan:

- Tulang dan gigi yang lebih kuat.

- Otak dan penglihatan yang sihat.

  • Meningkatkan perlindungan imun.

- Vitamin C menyokong penghasilan sel darah putih dan meningkatkan perlindungan sistem imun.

  • Menyokong penghasilan tenaga.

- Mempunyai tenaga yang berterusan sepanjang hari sangat penting bagi memenuhi sifat semula jadi ingin tahu anak-anak kita dan kehendak mereka untuk meneroka dunia sekeliling.

Carilah Vitamin dan Mineral ini untuk si kecil kesayangan anda kekal dan sihat.

  1. Vitamin A
  2. Vitamin C
  3. Vitamin D
  4. Vitamin E
  5. Tiamin
  6. Riboflavin
  7. Niasinamida (Niacinamide)
  8. Vitamin B6
  9. Folat
  10. Vitamin B12
  11. Biotin
  12. Asid Pantotenik (Panthotenic)
  13. Kalsium
  14. Iron
  15. Zink
  16. Iodin
  17. Magnesium
  18. Kuprum


PROTEIN

Protein membantu dalam membina, mengekal dan memperbaiki tisu badan dan sangat penting dalam membekalkan khasiat terbaik yang diperlukan oleh badan anak-anak kita agar mereka membesar menjadi lebih kuat setiap hari.

Ia membantu untuk:

  • Memastikan perut si kecil berasa lebih kenyang.
  • Menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
  • Menyokong pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat.
  • Membina dan memperbaiki sel.
  • Menghasilkan antibodi, enzim dan hormon.





Sebarang pertanyaan boleh Whatsapp Iqa 》013 3366224

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bukit Damansara/Montkiara/Hartamas/Bangsar
Pengeposan ke seluruh Malaysia





Continue Reading

Monday 17 May 2021

Supplemen Penting Atau Tidak?

 
Perlu ke supplemen untuk kita?

"3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia hidap diabetes". - Berita Harian 

Selain kencing manis (diabetes), darah tinggi dan penyakit jantung juga antara penyakit yang perlu dicegah sebelum mengubati. Penyakit-penyakit ini digelar 3 serangkai. 

Jika anda berumur 30-an dan masih sihat, anda perlu mengambil langkah-langkah pencegahan. Purata umur serangan jantung adalah lingkungan umur 52 tahun.

Tiga sebab utama mengapa kita perlukan supplemen sebelum dijangkiti penyakit kronik.

Metabolisma Rendah

Metabolisma manusia akan berkurangan apabila meningkat umur. Metabolisma lelaki tinggi hanya sehingga 21 tahun. Manakala wanita pula sehingga umur 18 tahun. Metabolisma tinggi ketika muda kerana ia perlu untuk perkembangan tulang untuk tumbesaran. Disebabkan itu, semakin meningkat umur badan mudah naik berat badan kerana tiada lagi tumbesaran tulang. Hanya tumbesaran lemak jika tidak dikawal.

Bantu Kurangkan Kalori

Semakin berusia, semakin sedikit kalori yang diperlukan badan. Jika kita bukanlah seorang yang kerap bersenam, maka kawalan kalori amat penting. Jika tidak mengawal pengambilan kalori dalam makanan, kalori yang banyak akan bertukar kepada lemak jika tidak digunakan. Kalori dan kolesterol berbeza. Perbezaan kalori dan kolesterol baca di sini.

Mencukupkan Nutrisi Badan

Untuk mengekalkan badan yang sihat, kita memerlukan nutrisi yang baik. Benar nutrisi terdapat dalam makanan, tetapi sejauh manakah makanan yang kita makan itu cukup nutrisinya. Gaya hidup masa kini menyebabkan kita mencari makanan “fast food” yang lebih mudah dan cepat. Makanan yang diproses sebenarnya kurang nutrisi. Supplemen dapat membantu mencukupkan nutrisi badan.

Antara supplemen yang penting seperti omega 3 (minyak ikan) adalah lemak baik yang menghalang lemak jahat mendap dalam salur darah.

Omega yang tinggi terdapat dalam ikan tuna, bahagian yang berwarna gelap pada ikan. Tetapi ia agak hanyir dan memualkan. Jik dahulu, makan sebahagian sahaja dah cukup nutrisi tetapi zaman sekarang yang banyak pencemaran dan banyak proses yang dilalui, kandungan omega terus dari ikan semakin rendah. Kita perlu makan seekor ikan tuna untuk mendapatkan nutrisi yang cukup. Mampukah anda?

Obesiti tak semestinya sakit, kurus tak semestinya sihat. Setiap orang, lain pengambilan makanan dan lain juga penyerapan makanan bergantung pada badan masing-masing. Pastikan sekurang-kurangnya melakukan pemeriksaan kesihatan sekali setahun.

Makanan kolesterol tinggi cenderung tinggi lemak, dan lemak memiliki kalori paling tinggi. Lemak berlebihan ini jika mendap ke saluran jantung akan melepaskan radikal bebas yang merosakkan sel jantung. Salur darah tersumbat dan mengakibatkan sel-sel jantung mati. Sel-sel pada jantung adalah sel kekal, apabila rosak tidak lagi boleh baik pulih. Akibatnya jantung akan lemah. Ia tidak sama dengan sel-sel lain seperti sel otot dan sel hati yang boleh dibaik pulih.

Omega guard shaklee dapat mencukupkan nutrisi seharian kita. 1500mg (3 kapsul) sehari dapat mengelakkan lemak dan kolesterol jahat mendap dalam saluran darah.



Sustained Release Vita C (500mg) pula dapat membantu serapan zat besi yang amat penting terutama untuk ibu hamil.


Esp soya protein dapat mencukupkan protein dalam badan dan juga membantu mengurangkan kolesterol.


Vitamin B Complex memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel badan.


Ostematrix bukan skadar kalsium. Ia juga mengandungi magnesium yang penting untuk tulang dan sendi.


Ke lima-lima produk di atas boleh didapati dalam set Best Seller Shaklee. Setiap pembelian set, anda berpeluang mendapatkan;

  • PERCUMA KEAHLIAN
  • PERCUMA PENGHANTARAN
  • PERCUMA KONSULTANSI
Sebarang pertanyaan boleh Whatsapp Iqa 》 013 3366224 


Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bukit Damansara/Montkiara/Hartamas/Bangsar
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Continue Reading

Friday 5 February 2021

Kenali Kami

Assalamualaikum w.b.t

Saya Afiqah binti A.Rahim dan boleh panggil Iqa atau Fiqa. Lahir tahun 1986 dan merupakan anak kelahiran Muar, Johor. Menetap di Bukit Damansara Kuala Lumpur setelah berkahwin pada tahun 2007 sehingga sekarang. Saya mendapat pendidikan awal di Muar sehingga berusia 14 tahun kemudian keluarga berpindah ke Perak.

Setelah tamat SPM, saya meneruskan pengajian di Institut Professional Baitulmal dalam bidang Akauntan dan sambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Perbankan Islam.

Berkahwin pada usia 21 tahun. Semasa tamat pengajian ijazah Sarjana Muda, saya mempunyai 2 orang cahaya mata dan kini 3 orang. Suami saya Ustaz Fadhil Abdul Rahman merupakan imam di Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Beliau juga aktif dalam bidang nasyid. 

Perkenalan dengan suami, adalah sewaktu sama-sama membantu rakan kolej yang terkena serangan histeria. Suami hadir ke kolej kerana kawannya meminta beliau datang membantu dan di situlah perkenalan kami. Setiap kejadian itu berhikmah dan jodoh itu rahsia Allah.



Gambar bersama keluarga 2018


Hobi saya melukis, baking dan juga melancong. Syukur pengalaman pertama menaiki kapal terbang adalah menunaikan Umrah. Antara tempat-tempat yang saya pernah pergi di luar negara adalah Korea, Thailand, Indonesia dan Singapura. Manakala kesemua Negeri di Malaysia sudah saya jejaki cuma tidak semua tempat menarik berjaya dilawati. Antara tempat yang dalam wishlist adalah Pulau Tioman.

Mungkin dalam entri yang lain saya akan kongsikan pengalaman melancong di tempat-tempat yang pernah saya lawati. Banyak juga cerita menarik yang boleh dikongsi. InsyaaAllah.

Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan menjadi pengedar sah shaklee sejak 2017. Doakan rezeki saya dalam perniagaan ini luas dan dapat membantu ramai orang yang memilih suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan yang lebih baik.



Continue Reading