Friday 5 February 2021

Kenali Kami

Assalamualaikum w.b.t

Saya Afiqah binti A.Rahim dan boleh panggil Iqa atau Fiqa. Lahir tahun 1986 dan merupakan anak kelahiran Muar, Johor. Menetap di Bukit Damansara Kuala Lumpur setelah berkahwin pada tahun 2007 sehingga sekarang. Saya mendapat pendidikan awal di Muar sehingga berusia 14 tahun kemudian keluarga berpindah ke Perak.

Setelah tamat SPM, saya meneruskan pengajian di Institut Professional Baitulmal dalam bidang Akauntan dan sambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Perbankan Islam.

Berkahwin pada usia 21 tahun. Semasa tamat pengajian ijazah Sarjana Muda, saya mempunyai 2 orang cahaya mata dan kini 3 orang. Suami saya Ustaz Fadhil Abdul Rahman merupakan imam di Masjid Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Beliau juga aktif dalam bidang nasyid. 

Perkenalan dengan suami, adalah sewaktu sama-sama membantu rakan kolej yang terkena serangan histeria. Suami hadir ke kolej kerana kawannya meminta beliau datang membantu dan di situlah perkenalan kami. Setiap kejadian itu berhikmah dan jodoh itu rahsia Allah.



Gambar bersama keluarga 2018


Hobi saya melukis, baking dan juga melancong. Syukur pengalaman pertama menaiki kapal terbang adalah menunaikan Umrah. Antara tempat-tempat yang saya pernah pergi di luar negara adalah Korea, Thailand, Indonesia dan Singapura. Manakala kesemua Negeri di Malaysia sudah saya jejaki cuma tidak semua tempat menarik berjaya dilawati. Antara tempat yang dalam wishlist adalah Pulau Tioman.

Mungkin dalam entri yang lain saya akan kongsikan pengalaman melancong di tempat-tempat yang pernah saya lawati. Banyak juga cerita menarik yang boleh dikongsi. InsyaaAllah.

Saya merupakan surirumah sepenuh masa dan menjadi pengedar sah shaklee sejak 2017. Doakan rezeki saya dalam perniagaan ini luas dan dapat membantu ramai orang yang memilih suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan yang lebih baik.



Continue Reading

Monday 1 February 2021

Apa itu GELATIN HALAL?







GELATIN BOVINE adalah kolagen yang berasal dari lembu. Kolagen merupakan salah satu bahan yang membentuk tulang rawan dan tulang. Ia diperbuat daripada protein, dan profil asid aminonya yang unik memberi banyak manfaat kesihatan.


Kolagen adalah protein yang terdapat dalam kuantiti paling banyak dalam badan manusia dan haiwan. Ia didapati hampir di mana-mana bahagian badan, tetapi paling banyak pada kulit, tulang, “tendon” dan ligamen. Kolagen dapat diekstrak dari bahagian lembu dengan dididihkan di dalam air. Gelatin yang diekstrak semasa proses ini tidak berperisa dan tidak berwarna. Ia larut dalam air suam, dan membentuk tekstur seperti jeli apabila dalam keadaan sejuk.


Justeru itu, gelatin bovine berguna sebagai agen “gelling” dalam industri pengeluaran makanan seperti produk-produk Jell-O dan gula-gula. Ia juga boleh dimakan sebagai sup tulang atau sebagai suplemen. Kadang-kadang, gelatin diproses lebih lanjut untuk menghasilkan bahan yang dikenali sebagai “collagen hydrolyzate” dengan kandungan asid amino dan manfaat yang sama seperti gelatin.


Kedua-dua gelatin dan “collagen hydrolyzate” sebagai bahan tambahan wujud dalam bentuk serbuk atau granul malahan dalam bentuk lembaran. Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet vegan kerana ia diperbuat daripada bahagian haiwan. Sumber: www.doctoroncall.com.my


GELATIN BOVINE yang halal biasanya diambil daripada lembu. Walaubagaimanapun ia boleh menjadi haram jika lembu itu tidak melalui proses penyembelihan yang betul menurut agama Islam. Manakala GELATIN PORCINE adalah sah haramnya kerana diambil daripada sumber khnzir (babi).


Antara product shaklee yang mengandungi gelatin adalah seperti omega guard dan lecithin. Shaklee mempunyai sijil halal untuk setiap gelatin yang digunakan pada suplimen. Boleh rujuk maklumat sijil halal di sini SIJIL HALAL 2021


Sebarang pertanyaan melalui wasap klik DI SINI






Continue Reading